"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Taiwan dedah bilik 'rahsia' MP BN menyorok pada 2008

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau didekati oleh bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 2008 untuk memujuknya melompat parti kepada pembangkang.
Ini termasuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Puad berkata Saifuddin (kiri) menghubunginya di bilik hotel di Taiwan kira-kira jam 2 pagi, yang mana beliau turut tinggal di situ, di samping 30 lagi anggota parlimen BN.

Puad berkata beliau bertanya bagaimana pemimpin PKR itu mengetahui biliknya kerana hotel diminta merahsiakannya.
Saifuddin menjawab, kata Puad, beliau mendapat bantuan daripada anggota parlimen Taiwan.

Puad memberi keterangan dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah bagaimanapun berkata beliau memberitahu Saifuddin bahawa beliau setia dengan BN dan tidak dapat dipengaruhi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: