"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rancangan Menjatuh dan Mengaibkan Presiden PAS Gagal

Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu. Dimana pihak Shamsul tidak dapat membukti saksi dan saksi didapati tidak tidak bercakap dengan tepat.


Sehingga saya menulis ulasan ini, Malaysiakini dan The Malaysian Insider masih belum mneyiarkan berita berkenaan kemenangan kes Pil Kuda ini. Berita yang dikeluarkan oleh Bernama hanya dipetik oleh Sinar Harian sahaja. Kenapa MK dan TMI seolah-olah tidak mahu siar berita ini menjadi tanda tanya.. kenapa kedua-dua serentak tidak menyiarkannya?

Ini menguatkan lagi teori Saman Malu ini adalah satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS.

Saman malu adalah cara yang digunakan oleh ahli politik untuk membersih diri daripada pertuduhan salahlaku yang dibuat.

Jika dilihat daripada apa yang berlaku, saman malu yang dibuat oleh pihak PKR Terengganu adalah bertujuan untuk memalu dan menjatuhkan Presiden PAS. Ini berdasarkan kepada beberapa siri penghantaran sama dibuat kepada alamat yang silap dan tanda tangan pejabat PAS Marang yang tidak dikenal pasti yang memamparkan nombor Kad Pengenalan tidak cukup 12.


Semua ini adalah bertujuan untuk memastikan Presiden PAS tidak hadir ke Mehkamah menyebakan Mahkamah sebelum ini telah mengarahkan Presien PAS membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Mengikut penganalisis politik, cara dan susur galur bagaimana saman ini di atur adalah semata-mata memastikan Presiden PAS terperangkap dan tidak akan hadir ke Mahkamah sehingga ada yang menyalahkan Haji Asmuni Awi,Peguam Tuan Guru Presiden Pas dalam ini. Saya anggap cakap-cakap Whatsapp yang menyebut Asmuni daripada kumpulan disebut "Pro Anwar" yang membantu menjatukan Presiden.

Saya lebih bersetuju pendapat yang mengatakan bahawa ini adalah rancangan memalukan Presiden PAS yang disusun atur oleh PKR Terengganu yang diketuai Azan Ismail.


Mengikut maklumat daripada PKR, ada usaha untuk menyelesaikan saman ini daripada PKR Pusat termasuk Datuk Seri Anwar sendiri. Tapi atas kedegilan Azan Ismail (PKR Terengganu, gambar di atas) dan sebahagian besar kepimpinan PKR Pusat usaha ini gagal.

Jika kita masih ingat tentang maklumat sulit perancangan PASMA yang pernah tersebar iaitu perkara keempat memastikan imej Presiden PAS dijatuhkan dalam media sosial termasuk akhbar dan portal pro pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini telah menunjukkan kebenarannya.

Apakah Presiden PAS boleh bertahan sehingga ke Muktamar PAS ke-61 dan menerajui PAS untuk PRU-14? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita meneliti isu dan teori konspirasi yang mungkin sukar untuk difahami tetapi jalan dan aliran ceritanya sudah terbukti jelas,

Saya serah kepada pembaca.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/

Tiada ulasan: