"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Penyanyi 90an, Suspek Kes Bunuh Suami

Penyanyi 90an antara suspek kes bunuh suami
Penyanyi 90an antara suspek kes bunuh suami

HALAMAN HIBURAN
AMPANG: Hari ini berita tentang penyanyi tahun 90-an yang membelasah suaminya sehingga mati di Ampang menjadi Trending di media sosial dan blog-blog hiburan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan suspek direman. Seorang daripada tiga suspek itu adalah penyanyi tahun 90-an, Nouri Ramli bersama dua orang anak saudaranya.

Mereka ditahan pagi tadi dan direman di bawah seksyen 117 kanun acara jenayah bagi membantu siasatan. Kejadian dipercayai terjadi sekitar jam 5 petang selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung isu perebutan anak.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. Nouri Ramli pernah popular dengan lagu hadirmu yang terakhir dan turut memenangi anugerah artis baru wanita terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. 

Tiada ulasan: