"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada api dalam sekam sekeliling Najib – Kadir Jasin

Datuk Abdul Kadir JasinPETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mengingatkan kewujudan pegawai atau penasihat yang disifatkan sebagai api dalam sekam kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta akan memusnahkan imej dan perhubungan awam Perdana Menteri.
Menurut beliau, Perdana Menteri mempunyai ramai penasihat dan pembantu media yang hakikatnya diragui keupayaan profesional dalam perang saraf tetapi mempunyai kesetiaan yang diragui dan ketakutan pada pihak tertentu.

Katanya, akibat terlalu ramai penasihat dengan pelbagai kepentingan dan keutamaan peribadi menyebabkan mereka gagal mencapai kata sepakat dan menggerakan perhubungan awam kepada Perdana Menteri.

Masalah tersebut jelas bekas Ketua Pengarang Akhbar Kumpulan News Strait Times meleret sehingga kepada wartawan dan pengarang akhbar dan media berdepan dengan masalah ‘wahyu’ semasa menentukan penulisan dan penyiaran berita mengenai Perdana Menteri.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam entri terbaru blog Zainuddin, zamkata.blogspot.com, yang antara lainnya memperkatakan perihal kegagalan unit media mengendalikan isu Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa bercuti di Hawaii.

”Saya yakin Saudara (Zainuddin) sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf,” soal Kadir kepada Zainuddin mengenai pegawai dan penasihat media yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

Menurut Kadir, perhubungan media Najib amat berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri yang sering mengadakan pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan akhbar dan media di belakang tabir.

”Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat,” katanya.

Beliau menambah: ”Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.”
-fmt-

Tiada ulasan: