"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Objek dikesan di lokasi terakhir QZ8501'

Semalam penerbangan pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang.

Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia  terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Pihak berkuasa Indonesia melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Manakala laporan bahawa pesawat itu mungkin terhempas berhampiran Pulau Belituing di luar pantai Sumatera telah tidak disahkan.

Malaysiakini membawa kepada anda yang maklumat kemas kini secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG

3.15pm: Tentera Udara Indonesia berkata 'sesuatu' dikesan di perairan kawasan carian QZ8501 tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia serpihan pesawat, laporChannel News Asia memetik AP Dow Jones.

3.12pm: Sebuah pesawat Orion Australia terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat QZ8501 telah mengesan objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat malang itu.

Menurut detik.com, salah seorang komander operasi Dwi Putranto mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu.

Objek itu dikatakan telah dikesan 700 batu dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan sebelum ia hilang.

"Pesawat kami telah diarahkan lokasi itu," tambah Dwi


Tiada ulasan: