Aiman Haziq Johari
Baru sekejap tadi saya melihat seorang ibu yang tiba-tiba menjadi sebak menceritakan kisah keperitan hidup anak perempuannya yang kelaparan kerana tiada bekalan makanan di Kuala Krai (antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).
Dan di dalam perbualan group whatssup setiap minit ada sahaja cerita-cerita yang sangat menyayat hati.
Bagi yang tidak berada di situasi sebenar saya cadangkan tutup sahaja saluran berita kerana kalau tidak mengampu ia hanya pandai mereka-reka cerita.
Sentiman emosi dan ketidakpuasan hati menjadi topik hangat bagi rakyat marhean ketika mana menghadapi situasi banjir yang maha dashyat pada tahun ini.
Jika dulu Malaysia yang sangat bertuah kerana merupakan negara yang tidak berada dalam lingkaran gunung berapi ataupun terkecuali daripada gempa bumi berskala besar akan tetapi zon selesa itu rupanya sudah tidak relevan lagi apabila tercetusnya pelbagai kisah duka rakyat marhean.
Dan saya fikir tiada lagi ucapan bacul pemimpin-pemimpin kita yang selalu mengatakan kita harus bersyukur sambil membandingkan kondisi negara yang lebih teruk daripada Malaysia. Bertaubatlah daripada berkata sedemikian rupa.
Dan lebih membuatkan saya geram ialah sentimen politik populis masih menjadi keperluan wajib bagi setiap ahli-ahli yang berhormat.
Yang mewakili pihak kerajaan mereka selalu sahaja bernafian akan ketidakcekapan mereka mengurus bencana manakala pihak yang satu lagi mereka lebih suka mengambil gambar menghulur beras 5kg kepada mangsa banjir.
Kali pertama cukup syarat, kali kedua, ketiga, dan keempat dah melebih-lebih pulak. Semua benda nak jadi hero rakyat. Mereka lebih ceria menjadi wira Malaysia dalam sukan menyelam sambil meronda-ronda dengan bot.
Saya bukan menafikan peranan Yang Berhormat ataupun memaksa mereka menghirup air banjr sehingga kering demi rakyat akan tetapi bolehkan beras 5kg itu digunakan saat kami bergelap-gelita ketiadaaan bekalan eletrik dan jalan perhubungan sudah terputus?
Jangan marah, sekejap lagi saya akan cuba mengutarakan sebuah negara yang pernah menjajah kita dahulu kala sudah mempunyai satu sistem yang komprehensif mengatasi banjir.
Ketika mana saya melihat gelagat Yang Berhormat barulah saya faham akan maksud Eleanor Roosevalt, “Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people”. Jadi saya tak tahulah rata-rata ahli Yang Berhormat berada pada tahap yang mana.
Sudah 20 tahun saya hidup dan memang setiap tahun banjir akan melanda. Dan masih belum kedengaran mana-mana ahli yang berhormat menyediakan satu plan yang lengkap untuk mengatasi masalah ini. Mereka lebih berminat memberi beras 5kg mereka lagi sambil mendayung sampan.
Cakaplah apa-apa pun. Mangsanya ialah tetap rakyat marhean.
Bicaralah dengan bersebab
Menjadi topik siulan juga siapa yang harus dipersalahkan. Menteri tidak membuat dasar sempurna? Ahli berhormat punyai konsesi balak?
Ini sebagai ujian dan teguran Allah SWT terhadap hambanya yang suka membuat maksiat? Penduduk ingkar arahan untuk berpindah?
Saya juga ketika ini sangat mual denga siulan perbualan dalam kalangan kita. Ada yang mengaitkan banjir ini sebagaimana amaran Tuhan kepada hambanya dan lebih tragis ini sebagai elemen pembersihan dosa.
Manakala yang suka berpolitik kedai kopi meramalkan bahawa ini merupakan suatu bentuk tarbiah khusus diturunkan bersempena dengan kesediaan kita mengamalkan hukum-hukum Tuhan.
Dan bertebaranlah kisah umat Nabi Nuh yang tetap bersabar dalam menghadapi musibah banjir sebagai ubat bius sementara daripada menjalani keperitan hidup menjadi mangsa banjir.
Dan mereka-mereka ini juga tidak pula, mengambil iktibar daripada kenapa Allah perintahkan Nabi Nuh AS untuk menyediakan sebuah Kapal untuk menghadapi banjir?
Mereka lebih suka mengambil posisi “Redha” “Redha” “Redha” sebagai meratapi nasib mereka. Memang betul, saya tidak berniat menafikan soal kuasa Tuhan menjadikan semua perkara atas kehendak dia tetapi saya cuba mengutarakan bahawa kita seharusnya “Solve the problem” bukan meratapi sambil menyedut secara berjemaah air banjir sehingga ia kering.
Jika kita katakan kenapa teh tarik menjadi terlalu manis? Puncanya datang daripada jumlah susu yang banyak.
Janganlah pula kamu memandai-mandai ia berpunca daripada gula kerana teh tarik tidak menggunakan gula. Dan janganlah pula berkata tiada guna juga ada susu bertin-tin seandainya dicampur air sebaldi teh tarik juga tidak akan menjadi manis.
Setelah kamu sudah selamat daripada pemikiran dibawah pengaruh alkohol tersebut barulah kita boleh membincangkan solusi yang terbaik bagi memberi maksud supaya kita sudah matang menghadapi perkara ini.
Biarlah cara kita melontarkan pandangan itu bersandarkan “Cause Effect” dan “Problem Solving”. Baru tenang dan harmoni cara kita berbicara.
Belanda sudah belajar kita masih selesa sedut air banjir
Buya Hamka mengambil inisiatif pintar daripada penjajah Belanda untuk menghasilkan idea kreatif sebuah novel yang sangat romantis dan memberi teguran halus akan ketidakseimbangan adat melalui “Tenggelamnya Kapal Van Der Wich”. Tetapi bagaimana Malaysia mahu belajar daripada bekas penjajah Belanda?
Untuk mereka hanya mengenal Belanda dengan Ruud Van Nistelrooy dan Arjen Robben saya sarankan kamu juga mengenal Belanda melalui tulisan artikel ini oleh Tracy Mcweigh yang bertajuk “The Dutch Solution to floods: Live with water, don’t fight it” dalam The Guardian.
Seandainya anda betul-betul faham saya fikir tidak perlu lagi anda bersikap pessimist “Kita tak mampu” atau omongan “kalau”, “kalau”, “kalau” dan perkataan seumpamanya dengannya kerana sudah ada contoh mereka yang berjaya melaksanakan.
Jadi kamu lebih faham apakah tujuan Nabi Nuh AS membuat persiapan bahtera penyelamat untuk umatnya dan tidak membuang masa merungut itu dan ini.
Dan pesanan kepada Yang Berhormat anda boleh mengambil iktibar bahawa Belanda mampu melaksanakannya. Jadi biarlah setelah pasca banjir berakhir akan ada diusulkan sebuah gagasan yang khusus untuk mengatasi masalah banjir ini secara komprehensif.
Dan tidaklah perlu kita melihat ahli-ahli berhormat menyelam paras dada sambil menyedut air banjir lagi.
Saya tidak mahu huraikan apa maksud tulisan tersebut pergilah baca sendiri, kerana saya bimbang 10 tahun akan datang akan muncul Yang Berhormat sebagaimana hari ini dek kerana masih tetap dengan pemikiran konservatif dan tidak suka mengambil oppurtunis yang sudah tiba dimata.
Bantuan masih belum kunjung tiba
Walaupun yang berhormat merata-rata
Sinisnya kamu berkata-kata
Supaya kami membuka kunci doa
Liciknya kamu menyusun manis bicara
Padahal khazanah hutan kamu kaut semuanya
Kami cadang contohilah Belanda
Kamu kata jangan mengada-ngada ini bencana
Kami meronta-ronta minta kerjasama
Tetapi kamu masih pentingkan sengketa lama
Bukan kami tidak redha dan bukannya tidak suka
Tetapi kami sudah benci dengan lakonan ini semua. – 28 Disember, 2014.
* Aiman Haziq Johari merupakan mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan