"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib perlu jawab ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan

najib razak_300PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu memberikan jawapan mengenai ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan di dalam negara tatkala beliau sedang sibuk melawat mangsa banjir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, ‘kehilangan’ tersebut merupakan kesilapan besar yang membayangi percutian Perdana Menteri bermain golf di Hawaii bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Beliau menambah, kerja keras Najib selama beberapa hari menyelesaikan masalah banjir tidak akan dikenang rakyat apabila mendapati jet tersebut digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor meneruskan percutian ke Indianapollis.

”Ketika orang ramai bercakap soal banjir dan pesawat Air Asia hilang, mereka juga turut bercakap mengenai pesawat rasmi kerajaan yang juga ‘hilang’ sedangkan Najib sudah berada di dalam negara.

“Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara,” katanya, dalam entri terbaru shahbudindotcom.blogspot.com.

Kata Shahbudin, tindakan isteri Perdana Menteri menggunakan jet rasmi kerajaan telah menjadi alasan terbaik pembangkang untuk melancarkan kecaman dan burukkan lagi sikap tidak peduli terhadap kemarahan rakyat.

Dakwanya, Najib seolah-olah menganggap penggunaan jet oleh isterinya tidak menjadi kesalahan dan bukan pembaziran kerana beliau Rosmah banyak berjasa kepada negara.

“Barangkali jawapannya, ‘biarlah Rosmah menggunakannya, pengorbanannya amat besar kepada negara. Dia juga penyokong dan pendokong Najib dengan sepenuh hati selama ini. Lagi banyak jet digunakannya, tambah makmur negara kita’,” tambah Sahahbudin.
-fmt-

Tiada ulasan: