"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib diramal letak jawatan sebelum PRU14

Khairil Ashraf  
Untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat. Jika tidak, sukar UMNO akan memperoleh sokongan.
Ahmad-Atory-Hussain_najib_600PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.

“Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.

“Jika tidak sukar bagi UMNO untuk meraih sokongan. Apabila perubahan kepimpinan itu, maknanya Presiden yang perlu berubah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Atory berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak mahu berhenti, maka Najib perlu merubah banyak perkara atau beliau sendiri meletakkan jawatan.

“Kebanyakan penganalisis politik mengatakan perubahan kepimpinan itu sangat perlu untuk UMNO. Jika tidak parti lain akan mengambil alih atau UMNO akan berdepan kepimpinan dan masalah kepercayaan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Atory turut ditanya mengenai persetujuan bersyarat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang sanggup meletakkan jawatannya.

Beliau berpendapat terdapat konflik yang berlaku dalam Kabinet terutama isu yang melibatkan 1MDB.

“Saya nampak memang berlaku konflik dalam ahli-ahli kabinet. Kalau Datuk Seri Hishamuddin sendiri yang berkata demikian, memang dia tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib.

“Itu memang satu kenyataan yang memberi tamparan kepada Najib. Hishamuddin seorang menteri kanan dan seorang Naib Presiden. Apa yang dikatakannya itu seolah-olah memberikan ancaman kepada Najib,” katanya.

Beliau turut hairan kenyataan daripada Hishamuddin itu seolah-olah senada dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Saya amat terkejut dengan kenyataan seperti itu. Tak sepatutnya dia keluakan kenyataan sebegitu sebab dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Najib.

“Tetapi itulah dunia politik. Dunia politik tak mengenal saudara mara. Kalau menjejaskan kepentingan masa depan seseorang, memang politik itu akan berlaku konflik,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: