"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis sedang mengepung enam perompak bersenjata


LOKASI kejadian. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kuala Lumpur: Polis kini sedang mengepung sekurang-kurangnya enam perompak dipercayai bersenjata yang melarikan diri di Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail di sini, sejak 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kesemua suspek dipercayai warga asing dan mempunyai senjata.
"Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di Taman Rekreasi ini.

"Semua pintu masuk ditutup dan orang ramai dilarang masuk setakat ini," katanya.
-hmetro-

-------------------------------

Kes rompakan: Taman rekreasi dibuka semula

Polis hari ini melancarkan 'Ops Tutup' bagi memburu enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Ketua Polis Daerah Brickfields SAC Azlee Abdullah berkata kesemua suspek yang dipercayai warga asing itu bertindak melarikan diri sewaktu anggota polis membuat pemeriksaan ke atas mereka.

"Anggota daripada Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Tun Dr Ismail yang melakukan rondaan kira-kira pukul 4.30 pagi telah terserempak dengan kumpulan ini dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan di kawasan TTDI Hill Park, apabila ditahan untuk pemeriksaan mereka yang bersenjatakan parang melarikan diri ke kawasan hutan berkenaan.

Kita telah jalankan operasi dan pemeriksaan di kawasan hutan itu yang turut dibantu unit anjing pengesan K9...kita juga lancarkan Ops Tutup serta-merta," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya gerakan mengesan kesemua suspek giat dijalankan dan taman rekreasi itu ketika ini telah dibuka kepada orang awam.

Azlee berkata polis percaya suspek merupakan geng pecah rumah yang aktif di sekitar TTDI dan Sri Hartamas yang menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecah masuk rumah dan melarikan barang berharga.

"Geng ini dikesan melakukan kegiatan mereka di awal pagi dan memecah masuk rumah sama ada berpenghuni mahupun tidak dan menggunakan senjata iaitu parang," katanya.
-Bernama-

Tiada ulasan: