"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai AJK Dewan Pemuda PAS Bagi sesi 2015 - 2017

Kumpulan konservatif sapu bersih jawatan Pemuda PAS
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendapat 429 undi berbanding penyandangnya Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262 undi. – Gambar diambil dari Facebook, 3 Jun, 2015.
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendapat 429 undi berbanding penyandangnya Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262 undi. – Gambar diambil dari Facebook, 3 Jun, 2015.
Kumpulan konservatif menyapu bersih hampir kesemua jawatan dalam sayap Pemuda PAS apabila mereka memenangi hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk ketua, timbalan ketua, naib ketua dan exco.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendapat 429 undi berbanding penyandangnya Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262 undi.

Anak presiden PAS Mohamad Khalil Abdul Hadi yang menyandang berjaya mengekalkan jawatan timbalan ketua Pemuda apabila mengalahkan pencabarnya Raja Iskandar Raja Yaakub.

Untuk jawatan naib pula, penyandangnya Khairil Nizam mengalahkan ketua pemuda Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad.
Keputusan itu diumumkan sejurus selepas ucapan penangguhan Suhaizan di Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-56 di Shah Alam hari ini.

Ketika pemilihan pada 2013, Suhaizan memperolehi 320 undi, menewaskan Kamaruzzaman Mohammad yang memperolehi 307 undi.

Dalam pemilihan ketika itu, seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya memperolehi 7 undi.

Dalam pemilihan kali ini, seramai 738 perwakilan yang layak untuk menjadi pengundi berdaftar.

Bahkan, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap Pemuda PAS juga dimenangi kumpulan konservatif pabila Kamal Ashaari terpilih mengalahkan Abdul Latip Abdul Rahman manakala Dr Ridhuan Mat Nor pula mengalahkan Ahmad Sabky Yusof.

Dengan kemenangan kumpulan konservatif dalam Pemuda PAS, ia memberikan isyarat yang jelas trend pemilihan yang akan berlaku esok.

Menurut kajian yang dibuat sebuah badan bebas, 50% perwakilan PAS kawasan dari seluruh negara kali ini adalah muka baru yang kira-kira 60% daripada keseluruhannya dikatakan pro ulama.

Besok Ahmad Awang akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden, sementara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mencabar Mohamad Sabu manakala enam calon akan berentap untuk tiga kerusi naib presiden.

Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Samad mewakili kumpulan konservatif manakala kumpulan profesional diwakili penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Keputusan untuk Dewan Muslimat PAS dijangka akan diumumkan malam ini manakala kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS menang tanpa bertanding. – 3 Jun, 2015.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: