"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M mungkin berdepan Najib dalam forum esok, kata penganjur

Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat, memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.
"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter, kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.

Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."

Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tiada ulasan: