"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah makan sandwic babi

Sandwic_Babi
Seorang tentera Israel kelahiran Amerika Syarikat dikenakan hukuman penjara selepas ditangkap menjamah sandwic babi.

Memetik laporan foxnews, perlakuan tersebut dilaporkan berlaku ketika individu itu sedang menjalani latihan di Jurusalem, Israel.

Akibat tindakannya itu, Mahkamah Tentera telah mengenakan hukuman penjara 11 hari terhadapnya.

Namun, nasib menyebelahi si pesalah apabila hukuman penjara telah digantikan dengan hukuman berkurung, setelah seorang ahli parlimen menulis surat rayuan kepada Menteri Pertahanan tentang ketidakpuasan hati ahli keluarganya.

Menurut perundangan, kesemua anggota tentera perlu mengamalkan cara pemakanan mengikut hukum Kosher iaitu kepercayaan Yahudi.

Askar tersebut dilaporkan berasal dari Boston, Amerika Syarikat dan baru sahaja memulakan khidmatnya dalam unit ketenteraan di situ.

Dia mengakui tidak mengetahui hukum pemakanan di Israel, dan hanya memakan apa yang dibekalkan oleh neneknya.

Di pihak pentadbiran tentera pula, mereka berkata, askar tersebut telah melanggar peraturan, dan seorang komander berpendapat, dia sepatutnya dikenakan dengan tindakan disiplin yang setimpal./klpost

Tiada ulasan: