"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejutan : Presiden Fifa Yang Baru Dilantik Semula Letak Jawatan Kerana Rasuah?

ZURICH: Sepp Blatter mengejutkan dunia bola sepak apabila meletak jawatan sebagai presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada Selasa, iaitu empat hari selepas dia dipilih semula bagi penggal kelima.
Blatter tidak dapat lagi mempertahankan kedudukannya apabila pimpinan tertinggi Fifa terlibat dalam skandal rasuah yang memalukan dunia.

Pengumuman perletakan jawatan Blatter dibuat dalam satu sidang media apabila dia menerima tekanan dari seluruh dunia mengenai skandal rasuah berkenaan.

Sebelum pengumuman itu dibuat, Blatter dikatakan telah tiba di pejabat Fifa di sini pada awal pagi untuk bertemu peguam dan penasihat.

Pimpinan tertinggi Fifa sebelum ini telah ditahan untuk disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Switzerland kerana terbabit dalam skandal rasuah melibatkan puluhan juta dolar.

Berikutan itu, pihak berkuasa turut melakukan siasatan terhadap Blatter yang sebelum ini didakwa menggunakan pemimpin tertentu untuk melakukan pemindahan wang keluar dari Fifa.
-mstar-

Tiada ulasan: