"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hishammudin tidak lagi menyokong Najib – Shahbudin

Khairil Ashraf 
Berdasarkan persetujuan bersyarat yang dikemukakan menerusi Twitternya, Hishamuddin jelas tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu
shahbudin,najib,hishamudinPETALING JAYA: Persetujuan untuk meletak jawatan Menteri Kabinet secara bersyarat menunjukkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, peletakan jawatan bersyarat itu menunjukkan Hishamuddin tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu.

“Apakah Hishammuddin kini melihat Najib sebagai pohon yang hampir tumbang dan beliau perlu menunjukkan pendirian yang sealiran dengan kehendak rakyat dan tidak lagi totok kepada sepupunya itu bagi mengelakkan masa depannya turut berkubur sama?

“Mungkinkah pendirian berbeza dan mempamer unsur ketegasan itu kerana Hishammuddin sudah dapat membaca mood sebenar di kalangan ahli UMNO dan juga rakyat ketika ini,” soalnya menerusi entri shahbudindotcom.blogspot.com.

Katanya, Hishamuddin yang bersikap terbuka berbanding menteri lain benar-benar mengundang banyak spekulasi dan perbualan ramai mengenainya.

“Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Hishammuddin sekarang, sudah berani letak syarat bagai kepada Perdana Menteri? Apakah beliau sudah tidak ingin bersama dengan Najib lagi,” katanya.

Tambah beliau, pendirian Hishamuddin itu mendapat sokongan daripada ramai pengikutnya di Twitter yang turut memuji ketegasan serta pendirian yang ditunjukkan.

Shahbudin berkata, adakah tiga syarat yang dikemukan oleh Naib Presiden UMNO itu merupakan tanda-tanda beliau akan meninggalkan Najib tidak lama lagi.

“Berbanding pertalian darah dan jasa Najib kepada, apakah Hishammuddin akhirnya melihat kepentingan masa depannya lebih utama daripada segala-galanya?

“Selepas Hishammuddin yang berdarah sepupu pun sudah goyang pendiriannya, siapa lagi akan berbuat demikian selepas ini,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: