"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita nyaris maut telan spatula

Chinese woman
China: Seorang wanita hampir maut gara-gara tindakannya memasukkan spatula sepanjang 30cm yang digunakan di dalam dapur ke dalam kerongkongnya.

Guan Hsuing, 31, berbuat demikian selepas kerongkongnya bengkak akibat alahan ketika dia mencuba resepi baru iaitu masakan eksotik herba dan rempah.

“Saya ingat pesanan orang tua-tua bahawa bengkak itu dapat diubati dengan memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong,” katanya.

Guan turut memasukkan jari ke dalam kerongkongnya namun gagal, kemudian dia memasukkan pula tiga batang chopstick, juga gagal.

Selepas usaha berkenaan gagal, dia memutuskan untuk memasukkan sesuatu yang lebih besar iaitu spatula.

Namun Guan menjadi panik apabila spatula itu tersekat di kerongkongnya hingga menyebabkan dia mengalami masalah untuk bernafas.

Dia dikejarkan ke hospital dan ketika tiba di situ, doktor menyangka Guan mengalami masalah mental dan mereka kemudiannya menjalankan pembedahan segera.

Ketika doktor menarik keluar spatula itu, saluran oesophagus Guan mengalami kecederaan teruk hinggakan mereka terpaksa membuat saluran baru menggunakan usus untuk menghubungkan oesophagus dengan perut.

Dalam pada itu, pakar bedah yang terlibat dalam pembedahan berkenaan, Xiao Pu, memberitahu kes itu berlaku sekali dalam 50 tahun, atau mungkin 100 tahun./klpost

Tiada ulasan: