Yogyakarta: Seorang anggota tentera udara Indonesia meninggal dunia kelmarin selepas cedera parah dipukul sekumpulan anggota komando.
Serma Zulkifli maut dan tiga lagi rakannya cedera selepas dipukul sekumpulan anggota Komando Pasukan Khas Tentera Indonesia (Kopassus) di sebuah kafe di Sukoharjo pada Ahad lalu.
Menurut laporan media, Serma meninggal dunia ketika dirawat di hospital selepas cedera parah dipukul seramai 25 anggota Kopassus.
Tiga lagi rakan mangsa masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Polis tidak mendedahkan punca pergaduhan berkenaan dan memberitahu lima anggota Kopassus yang dipercayai terbabit menyerang mangsa sudah menyerah diri.
Sementara itu, pegawai pemerintah Kopassus, Doni Monardo berkata, pasukan itu sangat menyesal dengan kejadian berkenaan dan meminta maaf kepada seluruh warga tentera udara Indonesia.
“Seluruh keluarga Kopassus meminta maaf dan turut berkabung dengan kematian mangsa.
“Kami juga mahu menjaga kebajikan anak mangsa yang menjadi korban dalam kejadian ini,” katanya. - Agensi
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan