Itali – Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membuka cawat besi yang dipakainya.
Wanita pertengahan umur itu terpaksa meminta pertolongan selepas kunci cawat besi itu hilang.
Pada mulanya, pegawai bomba menyangka dia kehilangan kunci rumah dan bertanya alamat kediamannya.
Mereka hanya mengetahui dan memahami insiden memalukan itu selepas wanita berkenaan mengangkat baju pinafo untuk menunjukkan cawat berkenaan.
Wanita yang tidak boleh didedahkan namanya itu kerana undang-undang privasi Itali memberitahu bomba: “Saya kehilangan kunci dan tidak boleh membukanya.”
Apabila ditanya sama ada dia dipaksa memakai cawat itu atau dia menjadi mangsa keganasan domestik, wanita berkenaan memberitahu, dia memakainya untuk menghalang dirinya daripada terbabit dalam hubungan seks.
Cawat besi popular ketika era Renaissance dan sejarah menunjukkan ia digunakan untuk menahan si pemakai melakukan seks atau melindungi diri daripada diperkosa.
Cawat besi dipercayai pertama kali digunakan ketika Perang Salib apabila suami yang keluar berperang mengarahkan isteri mereka memakainya untuk menghalang mereka curang.
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan