"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS meroyan, tinggalkan PKR takut hilang jawatan di Selangor

PAS Minta PKR Perjelas Apa Maksud ‘Hubungan Tidak Rasmi’

SHAH ALAM: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta PKR menjelaskan pendirian mereka berhubung tahaluf siyasi bersama PAS, ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyatakan hubungan PKR dengan PAS hanya atas dasar ‘tidak rasmi’ sahaja.
Beliau membangkitkan persoalan demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul yang menyatakan hubungan PKR dengan PAS hanya atas dasar ‘tidak rasmi’ tanpa ada perkara yang mengikat kedua-dua parti itu.

Ujarnya, sebagaimana yang masih dipegang, hubungan PAS dengan PKR masih lagi berlangsung dalam konteks Pakatan Rakyat (PR), meskipun parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu menjalinkan kerjasama bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP menerusi gabungan baru, Pakatan Harapan (PH).

“Sehingga hari ini, saya masih berpegang bahawa Pakatan Rakyat masih wujud, iaitu gabungan PAS dan PKR, sepertimana Barisan Alternatif antara tahun 2001 sehingga tahun 2008.

“Saya mempersoalkan semula Datuk Johari Abdul, adakah kenyataan beliau tersebut merupakan pendirian rasmi PKR bahawa Pakatan Rakyat sudah terbubar.

“PKR dituntut untuk mengeluar pendirian rasmi mereka, adakah mereka masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat atau gabungan itu telah terbubar?,” katanya dalam aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Semalam, Johari dalam sidang media Pakatan Harapan berkata, PKR mempunyai hubungan ‘tidak rasmi’ dengan PAS dan saling menghormati, justeru pemimpin parti itu bebas menghadiri mana-mana program anjuran parti komponen Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata demikian sebagai mengulas ‘kekecewaan’ PAS apabila Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menghadiri program anjuran PAN di Kelantan baru-baru ini.

Kehadiran Rafizi di program anjuran PAN itu membuatkan PAS mengeluarkan surat teguran kepada pemimpin berkenaan, kerana tindakan itu disifatkan menyanggah kepentingan PAS.

Menyifatkan PKR sudah mula mengkhianati kesetiaan PAS berkaitan dengan tahaluf dalam Pakatan Rakyat, Dr Zuhdi tidak menolak bahawa satu ketetapan berhubung perkara itu akan dibuat Majlis Syura Ulama kelak.

“Saya yakin Majlis Syura Ulama PAS akan melihat perkembangan ini dari semasa ke semasa, dan badan ini akan membuat keputusan tentang tahaluf itu bila sampai masanya,” ujarnya
-Antarapos

Tiada ulasan: