"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Gadis fizik' 22 tahun ini dijangka jadi Einstein baru

Tranungkite


Beliau hanya berumur 13 tahun ketika membina enjin tunggal pesawat dalam garaj bapanya di rumah mereka di Chicago, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sembilan tahun selepas itu, beliau diramal bakal menjadi seperti legenda sains Albert Einstein yang baru, lapor India Times.

Sabrina Gonzalez Pasterski, 22, kini sedang menuntut di peringkat doktor falsafah (PHD) di Havard, salah sebuah universiti terulung di dunia,

Beliau dimasukkan dalam 30 tokoh muda bawah 30 tahunnya “30 under 30” kelolaan Forbes.

Dengan pencapaian akademik amat bagus, beberapa syarikat besar, termasuk Amazon sudah cuba melamarnya menjadi pekerja mereka.

Malah, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) juga telah menyatakan minat terhadapnya.

Sebagai pelajar fizik, Sabrina sedang menekuni fenomena lohong hitam, ruang-masa dan graviti – bidang sama yang dengan Einstein.
Bagaimanapun, genius muda itu bukan penggemar media sosial.

Sabrina tidak mempunyai Facebook, Instagram dan LinkedIn. Bukan itu sahaja, beliau malah tidak mempunyai telefon pintar.

Sabrina lebih berminat mengusahakan laman web sendiri yang dinamakannya PhysicGirl (gadis fizik) bagi mengemas kini pencapaian-pencapaiannya.

Tiada ulasan: