"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami subahat dengan rakan rogol isteri sendiri? Dah macam khinzir

Mahkamah Tinggi di Kangar hari ini melepas dan membebaskan seorang suami daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya, bagaimanapun tertuduh dikenakan hukuman penjara 4 tahun bagi pertuduhan menakut-nakutkan isterinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar melepaskan tertuduh daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan selepas membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 6 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 29 Jun 2015.

Bagaimanapun mahkamah menaikkan hukuman penjara setahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen kepada 4 tahun terhadap tertuduh berumur 25 tahun itu kerana melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan.

Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara itu bermula pada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 1 Januari 2014.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan di sebuah rumah di Arau mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Fatin Hayati Abdul Rahman.
-Bernama-

Tiada ulasan: