"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Husam Musa londeh kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub?

Kerajaan Kelantan utamakan lot komersil banding pembesaran masjid, kata Husam

Husam MusaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Salor Datuk Husam Musa menegur tindakan kerajaan negeri Kelantan yang membelakangkan pengembangan syiar Islam dan meletakkan pertimbangan komersial lebih tinggi dalam pengunaan tebus guna tanah di negeri itu.
Beliau membangkitkan akan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah bersebelahan Masjid Telipot atau Masjid Sultan Muhammad ke-V dengan membina kediaman komersil berbanding tapak pembesaran kawasan masjid.

"Satu-satunya tanah kosong yang masih ada ialah lot bersebelahan masjid. Jika lot ini diberikan kepada pihak lain atas apa jua tujuan, masjid yang sentiasa sesak khususnya pada hari Juma'at dan hari raya ini, tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk pembesaran.

"Pada hal, pada masa depan, ia boleh menjadi masjid bandar yang kedua atau ketiga penting selepas Masjid Negeri," ujarnya ketika membahaskan titah perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.

Husam memaklumkan beliau telah menyemak cabutan geran hak milik, yang hanya baru diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK), yang mana ujarnya syarat nyata lot itu untuk 'bangunan sekolah'bukan kondominum atau kediaman.

"Ini selari dengan semakan saya ke atas pelan tata atur di bawah Rancangan Tempatan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Kerajaan Negeri. Lot ini hanya dikhaskan untuk kemudahan institusi atau taman bagi kegunaan penduduk setempat.

"Kedua-dua Rancangan Tempatan dan syarat nyata tanah menjurus kepada kegunaan awam bukan komersial." ujarnya.

Tegas Husam lagi walaupun kerajaan negeri berkuasa merombak apa jua keputusan tetapi ujarnya lagi, secara akhlaknya, ia tidak memenuhi kriteria negeri itu untuk 'Merakyatkan Membangun Bersama Islam'.

"Ia bahkan membelakangkan pengembangan syiar Islam dan meletakkan pertimbangan komersial lebih tinggi, sama atau lebih buruk dari kerajaan yang tidak melandaskan kepada Islam sebagai teras dan rujukan.

"Bagi penduduk, mereka bukan inginkan tanah ini secara percuma. Mereka sanggup untuk bergotong royong mencari dana melalui mewakafkan tanah ini, selepas kerajaan bersetuju, untuk melunaskan jumlah yang dijangka patut diperolehi oleh YIK," ujarnya.
Masjid Telipot di Kota Bahru ini bakal menjadi masjid bandar kedua terbesar untuk menampung jemaah.
Masjid Telipot di Kota Bahru ini bakal menjadi masjid bandar kedua terbesar untuk menampung jemaah.
Husam berkata, selepas tanah ini diluluskan kepada YIK, ia serta merta mengeluarkan P.A kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk dimajukan dan semua pemajuan tanah in hanya diuruskan oleh PKINK.

"Lot tanah ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang setiap masa diperuntukkan kepada kepentingan awam - seperti Tadika Sakinah sewaktu Allahyarham Dato Asri menjadi MB Kelantan.

"Kerajaan mempunyai tanah-tanah lain yang boleh dimajukan dengan kondominium.

"Tolonglah pertimbangkan kepentingan masjid seperti rayuan penduduk. Dengan bimbingan dan kelolaan MAIK, saya yakin derma dan wakaf orang ramai boleh datang mencurah-curah yang boleh diguanakan untuk menampung kos tanah kepada YIK." ujarnya.

Tabung derma untuk Masjid Bandar Baru Tunjung

Husam turut mempersoalkan tabung derma orang ramai untuk Masjid Bandar Baru Tunjung yang telah lama ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Namun ujarnya lagi,sehingga kini masjid yang dirancang belum terbina tanpa sebab yang diketahui umum.

"Saya berharap, ia dapat dilaksanakan secepat mungkin." ujarnya ringkas.

Tiada ulasan: