"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Umno Tidak berani Pecat Ahmad Said ?

Zabidi Hj Saidi
Dua tahun lepas ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dipilih oleh PM, Najib Razak sebagai MB Terengganu yang baharu menggantikan Ahmad Said. Ada yang berkata bahawa Setpol PM, Jailani Ngah yang main peranan menaikkan Razif sebagai MB baharu. Manakala ada pula yang mendakwa orang yang main peranan menaikkan Razif ini ialah bekas Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Roslan Ali Omar dari kumpulan Sahabat Najib 1987.
Setahun selepas pengunduran Ahmad Said sebagai MB Terengganu, pada 13 Mei 2015, Ahmad Said menggemparkan rakyat Terengganu apabila dalam ucapan perbahasan menjunjung kasih titah tuanku mendakwa 1MDB mahu mencagarkan minyak dan gas negeri Terengganu. Dakwaan ini dinafikan oleh kerajaan pusat dan ini punca kerajaan Terengganu menarik diri dari 1MDB.
Semalam dalam ucapan perbahasan di Dewan Undangan Negeri, sekali lagi ADUN Kijal itu mengejutkan orang ramai apabila mencadangkan usul undi tidak percaya kepada MB. Usul itu dibawa dalam ucapan penangguhan Ahmad Said dan DUN terpaksa ditangguhkan ke sebelah petang untuk memberi peluang kepada Speaker DUN untuk mentafsirkan usul tersebut.

Speaker, Zubir Embong menolak usul itu kerana ia diberi tanpa notis tetapi dibantah oleh Ahmad Said kerana usul yang menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 dibawa ke sidang DUN tanpa sebarang notis. Sidang DUN semalam ditangguhkan pada jam 3.20 petang apabila penolakan usul tersebut oleh Speaker adalah muktamad.

Belum pernah dalam sejarah politik negara, ADUN BN sendiri yang membawa usul undi tidak percaya kepada MB BN. Ahmad Said mencatat sejarah ini. Menteri di JPM, Azalina Othman mengulas isu ini berkata Ahmad Said gila talak. Bagi saya, Ahmad Said mabuk ubi gadung kerana sanggup bawa usul tersebut. Sepatutnya beliau suruh PAS bawa usul itu dan beliau sokong apabila dibuat pengundian. Jadi tindakan ini mengundang lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada Ahmad Said sama ada menggantung atau memecat keahlian beliau.

Sebelum ini Ahmad Said yang kecewa kehilangan jawatan MB dua tahun lepas telah keluar dari Umno tetapi u turn semula apabila dipujuk oleh pucuk pimpinan. Sejak itu Ahmad Said tuntut macam macam dengan MB termasuk melantiknya sebagai Pengerusi Ladang Rakyat dan Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir. Apa lagi Ahmad Said mahu?

Adakah kerana kerusi BN 17, PAS 15 maka Ahmad Said terus mengugut MB? Beliau sudah tahu Speaker akan menolak usulnya tetapi sekurang kurangnya usul itu sudah mencemarkan nama Ahmad Razif di kalangan rakyat Terengganu.

Adakah kerana Ahmad Said menunggu dipecat dari Umno untuk bersama dengan perjuangan Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno dua minggu lepas? Ketika Dr Mahathir pergi ke PWTC untuk menyertai forum Nothing To Hide mengenai isu 1MDB, Ahmad Said turut mengiringi Dr Mahathir ke PWTC. Malah selepas pemecatan Muhyiddin Yasin sebagai TPM, Umno Bahagian Kemaman yang diketuai Ahmad Said berani menjemput Muhyiddin merasmikan persidangan perwakilan bahagian tersebut.

Dengan tindakan Ahmad Said semalam, ramai ketua cawangan di Kemaman kecewa dengan Ketua Bahagian mereka. Malah mereka berkata jika Ahmad Said merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan cawangan Umno dalam masa terdekat, mereka akan boikot majlis tersebut sebagai protes kepada Ahmad Said. Tetapi Ahmad Shabery Cheek sebagai ahli majlis tertinggi Umno membisu tidak berani mengulas tindakan Ahmad Said. Beliau berani mengulas isu Dr Mahathir dan Muhyiddin tetapi senyap bila isu ini melibatkan ketua bahagiannya sendiri.

Ada yang berkatabahawa Umno Pusat tidak berani memecat Ahmad Said kerana bimbang kerajaan BN tumbang. Jika Speaker membenarkan undi tidak percaya semalam, usul Ahmad Said tetap ditolak kerana BN ada 16 orang dan PAS ada 14 orang kerana ADUN Ru Rendang, Haji Hadi Awang tidak hadir. Dengan satu undi Ahmad Said maka pembangkang dapat 15 undi maka BN menang 1 undi.

Akan tetapi Speaker menolak usul itu kerana bimbang Ahmad Said sudah membeli beberapa ADUN BN yang menyebabkan Speaker buat keputusan lebih baik menolak usul tersebut daripada dibahaskan. Maka MB selamat tetapi jika ADUN BN setia, usul Ahmad Said ditolak maka ia lebih memalukan Ahmad Said.

Beranikah Umno mengambil tindakan kepada Ahmad Said? Sama samalah kita tunggu.

Tiada ulasan: