"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

‘Itu sahaja cara untuk tanya Najib’

FMT Reporters
kadir jasin
PETALING JAYA: Tokoh wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin mempertahankan dua wartawan Australia yang dikatakan cuba melepasi garisan keselamatan untuk bertanya soalan kepada Datuk Seri Najib Razak di Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata, itu sahaja cara yang masih ada bagi wartawan untuk mendapat jawapan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya lagi, hanya wartawan arus perdana yang boleh bertanya soalan kepada Najib, dan itu pun menerusi sesi wawancara yang sudah diatur dan dengan soalan yang dikemukakan lebih awal.

“Sekarang tidak ada cara lain menemuramah Mohd Najib selain ‘menyerang hendap’. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

“Menurut beberapa orang pengarang media arus perdana, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau,” katanya dalam artikel terbaru di blognya hari ini.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga memaklumkan telah bertanya kepada salah seorang setiausaha akhbar Najib bagi mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi masih belum mendapat jawapan.

Pada 12 Mac lalu, PDRM Sarawak menahan dua wartawan ABC Australia, Linton Besser Louie Eroglu atas sebab ‘menghalang tugas penjawat awam’.

Mereka tidak didakwa atas apa-apa kesalahan, tetapi dihantar pulang kerana melanggar Seksyen 18(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau membandingkan layanan tersebut yang jauh berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Abdul Rahman.

“Ketika zaman yang disifatkan media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa,” katanya.

Ketika era Tunku pula, Bapa Kemerdekaan itu sentiasa melayan semua wartawan dengan baik, tanpa membezakan antara wartawan kanan mahu pun yang baru dalam bidang itu.

Tiada ulasan: