"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Saya tahu siapa berkomplot nak jatuhkan Najib’ – Muhyiddin

FMT Reporters 
muhyiddin_najib_umno_600PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui, memang wujud komplot yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Malah, beliau menegaskan komplot terbabit turut mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.

“Bila timbul isu komplot untuk menjatuhkan kerajaan saya tidak terlibat walaupun ada usaha yang dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya, tapi saya kata tidak kerana saya tak mahu jadi sebahagian daripada itu.

“Saya tahu siapa yang terlibat. Saya tahu apa yang mereka nak buat. Bukan kata nak menumbangkan kerajaan tetapi nak menukar Perdana Menteri pun saya tahu,” katanya menerusi satu rakaman audio yang menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan maklumat, rakaman berkenaan dipetik ketika Muhyiddin menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September tahun lepas.

Menerusi audio itu juga, Muhyiddin yang kini digantung jawatan dalam parti turut memberitahu, bahawa beliau sememangnya tahu kewujudan dana khas yang diurus oleh Presiden parti semenjak memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada 2009.

Tiada ulasan: