"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gambar samseng amno ganggu ceramah Pakatan Harapan anjuran PKR Pasir Gudang

Peristiwa menganggu ceramah parti lawan masih berlaku walaupun Malaysia telah merdeka hampir 60 tahun. Yang anehnya ceramah yang digangu adalah ceramah Pakatan Harapan anjuran PKR Pasir Gudang tetakala saya sedang berucap!

Antara isu yang saya sampaikan adalah mengenai GST yang membebankan rakyat sehingga bayi dan orang tua yang sakit terlantar turut membayar GST! Isu pemecatan TS Mahyudin dan kegawatan ekonomi.

"Rakyat didahululan, pencapaian diutamakan" inilah kata2 hikmat PM Malaysia. Bila saya cerita tentang sidang Dewan Undangan Negeri Johor mengenai GST lalu di jawab oleh pihak penyokong kerajaan BN , GST urusan kerajaan Pusat"! Maka saya mengajak rakyat Johor bangkit buat perubahan! Selagi "bangsa Johor' tidak berubah maka kerajaan BN akan meneruskan penindasan kepada semua rakyat termasuk penyokong dan pendokong BN!

Tanpa diduga bangkit beberapa orang dari penyokong sebuah parti meminta supaya saya tidak menyebut Johor! Jangan kacau Johor! Adakah orang Melayu Johor benar-benar dah hidup mewah di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN sejak merdeka selama 59 tahun?

Adakah semua orang Melayu Johor telah memiliki rumah yang indah dan selesa serta kebun dan pekerjaan yang menjamin kehidupan keluarganya tanpa meminta-minta?

Kesihan saya melihat anak bangsaku yang tidak dapat menganalisa
1. Orang Melayu yang paling ramai jadi penagih dadah

2. Orang Melayu yang paling ramai menerima BR1M yang membawa maksud mereka yang paling ramai hidup susah.

3. Orang Melayu bandar yang paling ramai tidak mampu memiliki rumah sendiri

4. Orang Melayu yang paling ramai berebut-rebut mendapatkan peluang kerja di kilang-kilang dengan warga vietnam, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Indon!

Fikir-fikirkan ya!

Tiada ulasan: