"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

'Tenglu palsu' Kantoi: Kajian dapati gelaran ‘Tengku’ tidak ada di Acheh

Adam Abu Bakar
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman-ku-nan-GKCM-achehAcheh hanya mengguna gelaran 'Teungku' yang diberikan kepada alim ulama dan gelaran itu tidak boleh diwarisi
KUALA LUMPUR: Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.

Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran ‘Teungku’ yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam

“Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran ‘Tengku’ di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan ‘Tengku’ hanya terdapat di Malaysia. Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.

“Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah ‘Teuku’.

“Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

“Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran ‘Teungku’. Gelaran ‘Teungku’ tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.

“Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya. Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah,” ujar beliau.
-fmt-

Tiada ulasan: