"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


‘Tolonglah makan buah saya’


 Ramli menunjukkan buah rambai yang manis di kebun miliknya.
RANTAU PANJANG - Jadi baja. Itulah gambaran yang terpaksa dihadapi pemilik kebun di Lubok Stol apabila ribuan pokok buah mereka terbiar dan tidak laku untuk dijual.

Penduduk, Ramli Che Ngah, 52, merayu agar pelancong datang ke kebunnya dan makan buah secara percuma.

“Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual pun tak laku, lambat laun jadi baja,” katanya.

Ramli berkata, dia cuba untuk menjual buah-buahan di kebunnya sebelum ini, namun terkejut apabila pihak berkenaan hanya mahu membelinya dengan harga 10 sen sekilogram.

Menurutnya, dia yang mengusahakan kebun seluas 1.6 hektar mempunyai 100 pokok rambutan, 20 pokok rambai, 150 pokok dokong dan selebihnya petai.

Katanya, upah memanjat pokok yang mahal menyebabkan dia mengalami kerugian sekiranya berniat mahu menjual hasil pertanian tersebut.

“Kalau nak beli dengan harga 10 sen, tapi saya perlu tanggung upah panjat pokok sebanyak 30 sen, lebih baik saya sedekah buah-buahan ini pada penduduk kampung,” katanya.

Bagi mengatasi masalah ini, Ramli juga memohon Jabatan Pertanian atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membantu penduduk untuk memasarkan buah-buahan tempatan ke pasaran luar negeri.

Ini kerana katanya, buah-buahan tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk luar Kelantan antaranya Johor Bahru.

“Kami rayu pemimpin kerajaan negeri membantu meringankan beban kami dengan mengadakan pelbagai promosi antaranya program makan buah di kebun.

“Bukan saya sahaja, malah lebih 80 peratus penduduk di mukim ini mempunyai kebun buah dan menghadapi masalah sama saban tahun,” katanya.
-sinarharian

Tiada ulasan: