"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Lagi Lelaki Berbaju Kuning (Bukan Bersih) Belasah Pak Guard (video)

GARA-GARA tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan sendiri, seorang lelaki berbaju kuning berang dan membelasah pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu menjadi viral di laman sosial apabila netizen mengkritik tindakan biadap lelaki berbaju kuning yang dianggap kurang ajar menyerang seorang pengawal keselamatan hanya kerana tidak berpuas hati.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaparkan, kenderaan jenis Perodua Alza berwarna merah yang dinaiki lelaki tersebut bersama tiga rakanya dihalang daripada memasuki kawasan perumahan.

Akibat berang, lelaki tersebut keluar dan memarahi pengawal keselamatan sebelum menolak mangsa yang cuba melarikan diri ke arah belakang kereta.

Walaupun cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang lain dan dua rakannya, lelaki tersebut masih terus memarahi dan memukul mangsa.

Keadaan semakin ‘hangat’ apabila lelaki tersebut mengambil senjata yang dipercayai parang dari keretanya sebelum menyerang mangsa di pondok pengawal.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan lain kelihatan cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum masuk ke dalam kereta.

Suspek melarikan diri bersama tiga lagi rakannya selepas mencederakan mangsa yang dipercayai warga asing.

Menerusi ruangkan komen, seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook, Martin menjelaskan, lelaki tersebut adalah penghuni di kawasan perumahan tersebut dan sering diminta memaparkan kad pengenalan sebelum melepasi halangan di pondok pengawal. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: