"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Perhimpunan Rohingya: Najib mahu desak diri sendiri?

ZIKRI ABDULLAH

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bersama-sama dalam Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok adalah pelik kerana tindakan itu seperti cuba mendesak diri sendiri membela tragedi di utara Myanmar itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Mohd Yunus berkata, tindakan sebuah kerajaan bukan hanya berhimpun tetapi terus bertindak menghadapi musibah itu.

"Parti Amanah, 24 November lalu melalui ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah telah membawa usul ini tetapi ditolak pegitu sahaja oleh speaker parlimen dan tidak disokong pihak kerajaan.

"Sedangkan beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Dr. Mariah Mahmood, Tian Chua dan Liew Chin Tong menyokong," katanya ketika merasmikan konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) kali pertama di HOTEL KIP, Selayang hari ini.

Satu perhimpunan solidariti bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya dijadual berlangsung esok di ibu negara yang antaranya akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebagai kerajaan yang berkuasa katanya, Najib hanya perlu mengarahkan kementerian luar untuk mencadangkan apa-apa tindakan termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam.

"Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu percubaan Umno-BN untuk memulihkan diri yang telah tercedera teruk dalam senario politik muatakhir ini," katanya.

Sebagai rakyat tidak berkuasa katanya, Amanah telah mengadakan beberapa siri perhimpunan seperti yang telah dibuat pemuda Perak dan perhimpunan di Wisma Putera.

"Tapi sekarang sudah terbalik apabila dia (Najib) turut nak jadi hero melalui demonstrasi," katanya.

Menyentuh perjuangan sayap Wanita Amanah, beliau mahu Awan mengambil iktibar daripada usaha gigih wanita yang tercatat dalam sejarah.

"Ramai tidak sedar bahawa sumbangan wanita dalam tamadun dunia begitu besar.

"Ramai yang ditanya siapa pembuka kota Mekah akan menjawah Nabi Ibrahim a.s, walhal yang sebenar pembuka kota itu adalah Siti Hajar, isteri baginda," katanya.

Tiada ulasan: