"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tangkapan oleh SPRM di Melaka : 5 soalan kepada Ketua Menteri Melaka Idris Haron

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Keadilan Melaka menyokong tindakan tegas yang diambil oleh SPRM dengan membuat tangkapan terhadap dua orang pegawai kanan Kerajaan Negeri Melaka.Mereka yang ditangkap dipercayai terbabit dalam kes rasuah termasuk meminta wang suapan terhadap beberapa kelulusan projek.

Ada beberapa maklumat diterima mereka yang ditangkap telah melakukan rasuah sejak sekian lama dan merupakan amalan mereka untuk memenuhkan periuk nasi mereka sehingga kepentingan rakyat diabaikan dalam beberapa projek yang dikaitkan dengan rasuah.

Saya ingin lontarkan 5 persoalan terhadap Idris Haron susulan tangkapan oleh SPRM ini. Pertama apakah kerajaan negeri di bawah KM Idris Haron tidak menyedari akan kewujudan perasuah dalam jentera kerajaan ? Kedua, adakah pegawai tersebut merupakan pegawai yang dikekalkan sejak dari zaman Tan Sri Ali Rustam menjadi Ketua Menteri ? Ketiga, apakah pegawai itu telah melakukan kegiatan rasuah sejak Ali Rustam menjadi Ketua Menteri lagi ? Apakah Idris tiada maklumat langsung mengenai kegiatan keji pegawai ini ? Dan soalan yang terakhir, apakah pegawai kerajaan itu sahaja yang terlibat dalam melakukan sogokan tanpa melibatkan kepimpinan politik?

Keadilan Melaka mendesak supaya Idris Haron dan kerajaan negeri menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan kerana ini melibatkan imej dan integriti kerajaan negeri. Keadilan Melaka juga menyeru supaya SPRM bertindak lebih berani dengan menangkap jerung-jerung besar yang masih berleluasa "menyamun" tanpa rasa takut.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: