"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tiga wanita dipaksa jalan berbogel


Huatabampo: Tiga wanita dipaksa berjalan di tengah bandar ini dalam keadaan berbogel sepenuhnya selepas mereka dituduh mencuri.

Gambar kejadian mengejutkan itu yang tersebar di media sosial negara itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermotosikal mengiringi wanita terbabit yang cuba menutup payu dara dan kemaluan masing-masing.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sudah melancarkan siasatan tetapi berdepan dengan kesukaran kerana tidak banyak maklumat diperoleh mengenai kejadian itu.

Datuk bandar, Heliodoro Soto berkata: “Laporan awal yang kami peroleh mendakwa wanita muda itu terbabit dalam kerja maksiat dan merompak beberapa orang yang juga terbabit dalam kegiatan maksiat.

“Kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kejadian itu. Wanita itu memilih untuk membisu. Kami juga faham mereka malu. Namun, kami masih berusaha untuk menyiasatnya dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.”

Sehingga semalam, ketiga-tiga wanita itu dan mereka yang terbabit masih belum dikenal pasti.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: