"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dangkalnya Pemuda Pas Kelantan

Halang Husam: Alasan Pemuda Pas Kelantan dangkal
ARIF ATAN

Kecaman Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Penasihat Amanah negeri itu, Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah di Kota Bharu adalah tidak berasas, bidas Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Undang-undang Amanah (Kanun), Faiz Fadzil.

Menurutnya, permintaan Husam untuk berucap selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selepas dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.

"Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh Pas.

"Alasan Ahmad Fadhli bahawa Datuk Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional berkata, pemberitahuan mengikut Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik.

"Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon seperti dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini.

"Pemuda Pas patut semak terlebih dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam Pas sebelum memberikan alasan yang bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk mewajarkan tindakan mereka menghalang Datuk Husam berucap," jelasnya lagi.

Pada 20 Februari lalu, Husam hadir di pentas ceramah yang mengecam dirinya di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu tetapi tidak diberikan peluang untuk berucap.

Tiada ulasan: