"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terima padah menyamar wanita (Gambar)

Subang Jaya – Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menyedari beg dompet yang diletakkan di sebelahnya ketika solat hilang dan hanya ada kunci, kad pengenalan dan kad bank sahaja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar swasta itu mengadu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan beg dompetnya telah ditemui bersama seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan mendapati beg dompetnya bersama suspek.

“Polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun bersama sebuah beg dompet, wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit jenis Sambung.

“Pemeriksaan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang 11 hari lalu dan mempunyai rekod jenayah serta kes curi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga Rabu ini untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
– Mynewshub

Tiada ulasan: