"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Padah tumbuk, pijak isteri

Kuala Lumpur – Perbuatan seorang suami yang menumbuk dan memijak badan isterinya serta menjirus wanita itu dengan air, menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadapnya.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Syafiq Abdul Halim, 25, seorang pembantu pejabat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya yang berusia 25 tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb lepas.

Tertuduh telah dengan sengaja mencederakan isterinya di sebuah flat di Pandan Jaya, di sini pukul 6 petang, pada 20 Feb lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku perselisihan faham antara pasangan itu sehingga tertuduh bertindak menumbuk bahagian belakang badan mangsa dan juga telah menarik mangsa ke bilik air serta menjirus wanita itu dengan air.

Ahmad Syafiq kemudian mengheret isterinya ke ruang tamu dan menolaknya ke lantai sebelum memijak belakang badan dan tangan isterinya.

Tertuduh juga menyepak mangsa dan menghalau wanita itu dan anak mereka yang berusia dua tahun empat bulan keluar dari rumah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kepentingan awam.

Katanya tertuduh sepatutnya melindungi isterinya bukannya memukulnya sebegitu rupa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia insaf dan kesal atas perbuatannya itu.
-Bernama

Tiada ulasan: