"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditemui mati tergantung

Kuala Ketil – Seorang pelajar lelaki di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditemui mati tergantung dalam bilik air di asrama penginapannya di sini, malam tadi.

Mayat mangsa ditemui rakan kira-kira jam 11 malam dengan lehernya dililit kain pelikat yang diikat pada saluran paip.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Perupok di Bachok, Kelantan.

“Balai Polis Kuala Ketil menerima maklumat mengenai kejadian itu, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi. Ketika sampai, mayat mangsa sudah dibawa turun rakannya.

“Kita masih menyiasat kematian mangsa yang juga penuntut tahun satu jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, namun sehingga kini kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.
-bharian

Tiada ulasan: