"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru rogol murid terima padah


Kuala Lumpur – Seorang guru Pendidikan Jasmani dihukum penjara 24 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya pada tahun 2011 dan 2013.

Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh, Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguh bagi membolehkan peguam Dony Abdullah dan Farhan Read memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Tasnim turut menaikkan jaminan daripada RM15,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun pada 2011 sebelum mengulanginya pada pertengahan Ogos 2013 ketika mangsa berusia 13 tahun.

Kejadian pertama didakwa berlaku di rumah tertuduh kira-kira jam 1 tengah hari 3 Disember 2011 manakala kejadian kedua didakwa berlaku pada jam 3 petang, Ogos 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
-

Tiada ulasan: