"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iran mengaku bekal senjata kepada Syiah Houthi serang Arab Saudi

TEHRAN, 24 Rejab 1438H, Jumaat – Dalam mengecam Presiden Iran, Hassan Rowhani, seorang ulama Syiah negara itu secara tidak langsung mengakui bahawa Iran sememangnya menyokong puak militan Syiah Houthi di Yaman untuk menyerang Arab Saudi.

Menerusi klip video yang disiarkan media Iran dan antarabangsa, Mehdi Taeb, Ketua Ammar Strategic Base – kumpulan pelobi yang rapat dengan pemimpin Iran Ali Khamenei – dipetik sebagai berkata, negara itu membekalkan peluru berpandu kepada militan Syiah Houthi melalui bantuan Pengawal Revolusi dan tentera laut.

Dalam ucapan yang disiarkan portal berita tempatan Iran, Mehdi Taeb menuding jari kepada Presiden Iran, Hassan Rowhani dan menuduhnya menghalang penghantaran senjata kepada puak Syiah Houthi di Yaman.

“Tiba-tiba kita menerima arahan menghentikan penghantaran senjata kerana Amerika Syarikat mengancam akan menggantung rundingan mengenai nuklear jika kita terus membekalkan senjata kepada Houthi,” katanya.

Dia yang bercakap bersama anggota Yayasan Ammar juga mendakwa rundingan nuklear antara Tehran dan enam negara utama lain dibuat bagi menghalang tiga kali penghantaran peluru berpandu darat ke darat kepada Syiah Houthi di Yaman.

Yayasan Ammar adalah sekutu kepada perkhidmatan perisikan Iran – IRGC – diketuai adiknya, Hussein Taeb.

Mehdi berkata, perjanjian muklear oleh Rowhani telah menghalang bantuan ketenteraan oleh Iran kepada militan Syiah Houthi di Yaman, sedangkan Khamenei adalah pemimpin yang mengarahkan kapal tentera laut Iran ditempatkan di Bab al-Mandeb bagi memudahkan bantuan senjata kepada Houthi tanpa diketahui sesiapa pun.

Ini adalah kali pertama pegawai Iran mengakui menyasarkan Arab Saudi dengan menyokong dan memberi bantuan kepada militan Syiah Houthi.

Iran sebelum ini dilaporkan membekalkan peluru berpandu jarak dekat dan jauh kepada militan Houthi bagi menyerang Arab Saudi, tetapi dinafikan pegawai tentera negara itu. – Agensi

Tiada ulasan: