"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Apakah sebenarnya yang HINDRAF mahu?

Beberapa Catatan Tentang Isu Dr Zakir Naik

1. Sejak awal lagi mereka campur tangan dalam urusan masjid di Perlis apabila mereka mempertikaikan khutbah ISLAM is RELIGION OF PEACE yang AKAN disampaikan oleh DZN. Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?


2. Selepas itu berterusan mereka menggunakan nama Kerajaan India berkaitan isu DZN. Seakan akan mereka mewakili Kerajaan India. Kita tahu Kerajaan India di bawah pimpinan Modi seorang fanatik agama sekarang ini, ramai umat Islam dan Kristian yang mati dibunuh. Isu lembu sahaja telah mengorbankan ramai muslim dengan penuh ngeri dan kejam.

3. Selepas kerajaan memberitahu DZN mendapat status PR, maka ditingkatkan lagi isu ini. Seakan satu suasana tegang antara agama sengaja diwujudkan.

4. Ulasan-ulasan mereka dalam dunia maya tentang Islam amat membangkitkan sensitiviti orang Islam. Ditambah dengan kelompok yang mengaku Islam tapi..

5. Saya sejak dahulu sentiasa memberikan pandangan yang harmoni antara agama. Pandangan-pandangan agama yang saya keluarkan sejak dahulu sentiasa mencari ruang yang adil dan damai untuk semua. Anda semua boleh baca di media. Saya juga yang menentang memanggil non-muslim kafir-harbi kerana bimbang ketegangan antara agama.

Pun begitu, itu semua tidak memberikan manfaat kepada pihak-pihak ini agar jangan bangkitkan isu ketegangan agama dan permusuhan antara kaum.

Mereka ini menefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun. Bayangkan. Laporan telah dibuat.

6. Jabatan Mufti Perlis dalam fatwanya sentiasa mengambil kira keadilan untuk semua. Fatwa hak penjagaan anak umpamanya, fatwa Perlis merentasi isu agama kepada isu kepentingan anak tanpa diikat dengan isu agama. Ini dengan turut mengkaji beberapa isu anak yang membabitkan penganut Hindu dan selainnya di Malaysia. Demikian fatwa zakat Perlis yang membenarkan ulul amri memberikan bahagian kepada bukan muslim atas asnaf muallaf. Banyak lagi pandangan Perlis yang harmoni untuk semua agama.

Itu semua tidak pernah dihargai oleh mereka. Bahkan HINDRAF berani campur tangan urusan khutbah dalam masjid yang diatur oleh Jabatan Mufti.

7. Selepas itu, puisi saya yang berkaitan kerajaan Modi India mereka spin kononnya untuk kaum Hindu di Malaysia.

Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?

Tiada ulasan: