"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

ISU ZAKIR NAIK - Kenyataan media Parti Amanah Negara

KENYATAAN MEDIA
ISU ZAKIR NAIK DAN PERTEMBUNGAN AGAMA
www.amanah.org.my

1. AMANAH melihat dengan penuh kebimbangan bagaimana isu kehadiran Dr Zakir Naik (DZN ) di Malaysia telah dieksploitasi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan agama antara orang Islam dan bukan Islam.

2. AMANAH mengutuk usaha mengeksploitasi isu ini bagi mengadu-domba antara penganut agama Islam dan bukan Islam. AMANAH menegaskan ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang menganjurkan kehidupan bersendikan amalan Li-Ta'arafu atau saling kenal-mengenali lantas saling hormat-menghormati.

3. Secara rasminya, kerajaan India menyatakan bahawa mereka ingin menyiasat DZN atas tuduhan menyokong pengganas, bukan atas sebab kerja-kerja dakwahnya. Ucapan-ucapan beliau dikatakan sebagai antara punca berlakunya beberapa peristiwa keganasan termasuk yang telah berlaku di Dhaka dan Mumbai.

4. AMANAH berpandangan bahawa tumpuan perlu diberikan kepada menjawab tuduhan tersebut dan bukan diselewengkan untuk menghasilkan pertembungan antara umat Islam dan bukan Islam.
5. Tuduhan menyokong golongan dan kefahaman pengganas yang dibuat terhadap DZN adalah begitu berat. Ini bertambah rumit lagi kerana beliau merupakan ilmuan yang dihormati ramai dari kalangan umat Islam.

6. AMANAH menolak keganasan dan memandang serius dakwaan yang dibuat kerajaan India terhadap DZN. Oleh itu AMANAH menyeru kerajaan India untuk mengemukakan petikan ucapan atau jenis kegiatan DZN yang membuktikan beliau menyeru dan mendorong umat Islam ke arah keganasan seperti yang didakwa.

7. Sekiranya tiada bukti dikemukakan, maka dakwaan bahawa DZN ingin ditahan dan diseksa atas sebab kelantangannya dan bukan atas sebab menyokong pengganas, adalah berasas. Amalan melabel seseorang sebagai pengganas tanpa bukti demi memudahkan penahanan beliau adalah satu amalan yang tidak menghormati hak asasi tertuduh.

8. AMANAH yakin niat DZN bukanlah untuk menimbulkan keresahan di kalangan mana-mana pihak atau kebencian terhadap dakwahnya. Sebaliknya, bagi yang biasa mengikuti program beliau, pendekatan penerangan Perbandingan Agama atau Comparative Religion yang merupakan kepakaran beliau, sememangnya dibentang secara amat kritis dan tajam.

9. Dalam suasana yang serba tegang ini, AMANAH menyeru semua pihak untuk menangani persoalan ini dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan serta dengan cara yang jelas memperlihatkan keadilan supaya api perkauman dan ketegangan agama dapat dielakkan.

#AmanahDemiNegara
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
24 April 2017

Tiada ulasan: