"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


MP BN: Kahwin lepas rogol boleh ubati masalah sosial

Perkahwinan antara mangsa rogol di bawah umur dengan perogolnya mungkin boleh mengubati masalah sosial, kata seorang anggota parlimen BN dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Shabudin Yahya (BN-Tasek Gelugor) berkata, walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu merogolnya.

"Mungkin dengan sebab perkahwinan itulah mereka dapat melalui satu kehidupan yang lain, yang lebih sihat, yang lebih baik dan seorang isteri yang dirogol tadi, kalau dia dapat berkahwin dia takkan melalui satu jalan kehidupan masa depan yang gelap.

"Sekurang-kurangnya dia ada suami dia, ada orang yang boleh jadi suaminya pada ketika itu. Ini adalah satu remedi kepada masalah sosial yang berlaku," katanya.

Shabudin berkata demikian mengulas cadangan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) untuk meminda Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak bagi mengharamkan perkahwinan bawah umur.

Teo menyebut beberapa contoh, termasuk kes seorang lelaki di Port Dickson yang mengahwini remaja berusia 14 tahun dan kemudian memaksa isterinya itu merakam dia merogol adiknya berusia 11 tahun.

Shabudin berkata, perkahwinan kanak-kanak perempuan Islam di bawah umur 16 tahun memerlukan kebenaran Mahkamah Syariah.

Beliau berkata pengalaman sebagai Hakim Mahkamah Syariah, beliau percaya kanak-kanak perempuan di bawah umur dengan "gaya hidup liar" boleh memiliki kehidupan yang lebih baik selepas berkahwin dengan suami yang baik.

Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) ketika mencelah ucapannya berkata perkahwinan bawah umur bukan cara yang baik untuk menangani isu berkenaan kerana lelaki itu menjadi suami yang "haprak".

Shabudin bagaimanapun berkata adalah tidak adil menghukum seseorang itu jahat selama-lamanya kerana dia mungkin telah bertaubat.

"Jadi jangan kita terus katakan seorang gadis tu kahwin dengan suami dia dan mungkin suami dia pernah merogol dia, dan kita terus kata suami adalah orang yang tak baik, haprak dan jahat sepanjang masa.

"Mungkin dia bertaubat, mungkin dia menyesal.

"Orang yang menyesal ini lebih baik dari orang yang tak menyesal," katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: