"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Lelaki bakar diri gara-gara isteri (Gambar)



New Delhi – Seorang lelaki membakar dirinya di depan sekurang-kurangnya 50 orang selepas isterinya enggan mematuhi arahannya supaya berhenti membuat persembahan nyanyian.

Dalam kejadian itu, Shaikh Basheer, 40, dari Andhra Pradesh, selatan India, dilaporkan cuba melarang isterinya Sadika Sanjar, 35, daripada mengambil bahagian dalam satu majlis sempena tahun baru yang disambut penduduk tempatan pada Selasa lalu.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengendahkan larangan dan menyanyikan beberapa lagu berunsur keagamaan pada majlis itu.

Suaminya yang berang menyerbu acara itu dan menghampiri pentas di mana Sadika menyanyi dengan membawa minyak tanah.

Tiba-tiba dia menuang minyak berkenaan ke atas badannya sendiri sebelum menyalakan api.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas Shaikh diselubung dengan kain yang digunakan untuk mengalas lantai.

Shaikh dilaporkan mengalami lecuran pada 70 peratus bahagian badannya.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: