"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


RUU355: Dengan kenyataan Zahid ini lengkaplah sandiwara Umno dan PAS

Zahid yakin undian RUU355 bukan dalam sidang kali ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin undian terhadap rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tidak akan dilakukan semasa sidang Parlimen kali ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tertakluk atas budi bicara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"RUU 355 ini akan dibentangkan oleh ahli parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai private member’s bill dan kita akan serahkan kepada peaker Dewan Rakyat untuk mengizinkan pembentangan itu dilakukan setelah semua urusan kerajaan diselesaikan.

"Ertinya, hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah pada 6 haribulan, maka setelah semua urusan kerajaan diselesaikan baru private member’s bill (dibentangkan).

Katanya, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada budibicara speaker, sama ada huraian pindaan itu akan diberikan secukupnya dan sama ada perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.

"Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dilakukan. Bagaimanapun terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara dalam persidangan dewan itu diikuti mengikut budibicara speaker Dewan Rakyat," katanya.

Ditanya berulangkali sama ada anggota parlimen Umno akan dibenarkan mengundi RUU mengikut hati nurani mereka sendiri, Zahid mengelak untuk memberikan jawapan.

"Saya jawab tadi, saya tidak fikir Speaker akan membuka untuk pengudian dijalankan. Saya fikir tidak ada," katanya pada sidang akhbar di Subang hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu mengelak ketika ditanya sama ada anggota parlimen BN akan mengundi untuk menyokong rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan Speaker," kata Najib.

Zahid sebelum ini berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang dicadangkan Hadi dan mendakwa Najib komited dalam membuat pindaan tersebut.

Rang Undang-undang itu akan meningkatkan hukuman maksimum yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah dari penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

Selepas menerima tentang sengit parti-parti komponen BN, Najib mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan usul meminda akta berkenaan dan ia akan kekal menjadi RUU persendirian.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan mahkamah oleh Mohamed Tawfik Ismail untuk menghentikan pembentangan rang undang-undang itu, Zahid berkata ia adalah hak beliau untuk memfailkan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan parlimen mempunyai peraturan dan protokol serta kuasa terletak kepada speaker untuk membuat keputusan.

Tawfik, yang merupakan anak bekas timbalan perdana menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon pengisytiharan bahawa pindaan yang dicadangkan itu tidak mengikut perlembagaan.
-malaysiakini

Tiada ulasan: