"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

'Misteri' dalang gagalkan RUU355 Hadi

Nampaknya maklumat mengenai "dalang" yang mahu menggagalkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 (RUU355) seperti didakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya diketahui oleh orang tertentu dalam PAS.

Hari ini, dua anggota parlimen parti itu yang ditanya wartawan mengenai "dalang" berkenaan gagal menjawabnya dengan jelas.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata beliau tidak ada maklumat mengenainnya.

"Mungkin tok guru tahulah siapa," katanya ringkas, merujuk kepada gelaran diberikan ahli parti itu kepada Abdul Hadi.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak memberikan sebarag jawapan yang memungkinkan identiti "dalang" berkenaan diketahui.

"Tanya dia (Abdul Hadi)," kata Nik Abduh sambil tersenyum.

Nik Abduh adalah anak bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dilihat antara orang yang rapat dengan Abdul Hadi.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga memberikan jawapan hampir sama, tetapi segera menambah, pihak yang menghalang RUU355 itu ialah BN.

"Saya pun tak tahu, tapi yang pasti (dalang itu ialah) BN," katanya.

Sokong walau mesti berpisah

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena memberitahu, pihak yang bersungguh-sungguh menghalang rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat ialah parti komponen BN.

Justeru, katanya, Umno kini menjadi kuda tunggangan kepada parti berkenaan.

"Umno jadi kuda tunggangan komponen BN, kepada MCA yang menyebabkan perkara tersebut (RUU355) terhalang hingga menyebabkan kesulitan hari ini," katanya.

RUU355 diuar-uarkan oleh Umno akan diambil alih oleh kerajaan daripada Abdul Hadi bagi memudahkan ia dibentang di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pada 29 Mac lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembatalan rancangan berkenaan kerana mennghormati semangat kebersamaan dan kesepakatan dalam BN.

Oleh kerana itu usul berkenaan kembali dengan sifat asalnya iaitu berbentuk rang undang-undang persendirian dan tertakluk kepada kebenaran Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan.

Untuk rekod, antara parti yang tegas menentang RUU355 ialah MCA, Gerakan dan parti dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memberitahu keputusan berkenaan bukan bermakna kerajaan tidak menyokong usul berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai harapan Umno Pulau Pinang supaya PAS tidak menganggap mereka musuh, Mahfuz berkata, harapan itu perlu dibuktikan dengan perbuatan.

"Kalau nak jadi rakan (PAS), maka kenalah sokong (supaya) usul persendirian (Abdul Hadi) dilepaskan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Semua ahli Umno kena sokong walaupun ia bermakna mereka terpaksa berpisah dengan MCA," katanya.

Mesti dedah dalang

Minggu lalu Abdul Hadi berkata, beliau tahu dalang yang cuba menghalang pembentangan RUU355 namun PAS bersedia menghadapi rintangan dan halangan itu.

“Kita (PAS) akan menghadapi apa jua halangan dan kita kenal siapa yang menghalang itu,” katanya dilapor Berita Harian.

Mengulas isu sama, Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata Abdul Hadi mesti menamakan "dalang" yang dimaksudkannya itu bagi membuktikan beliau seorang pemimpin bertanggungjawab.

"Siapakah dalang yang boleh membuat Najib membuat pusingan U dan mengingkari pengumuman beliau pada Perhimpunan Agung Umno November lalu?
"Siapakah dalang yang mungkin akan mempengaruhi Speaker Dewan Rakyat sama ada membenarkan Abdul Hadi membentangkan RUU355 beliau pada Khamis ini?

"Adakah dalang ini Najib sendiri atau seseorang lebih berpengaruh dan berkuasa daripada Najib? Adakah dalang ini ada dalam BN, Pakatan Harapan atau dalam PAS sendiri?

"Marilah kita menunggu jawapan Abdul Hadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: