"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kanak-kanak 11 tahun jadi ibu termuda di Britain

London: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikatakan akan menjadi ibu paling muda di Britain.

Kanak-kanak itu yang namanya tidak boleh didedahkan dijangka melahirkan kandungannya tidak lama lagi.

Polis yang menyiasat kes itu berkata, bapa bayi yang akan dilahirkan itu tua beberapa tahun berbanding kanak-kanak itu.

Tidak banyak maklumat mengenai kes itu diperoleh kerana alasan undang-undang.

Ia terbongkar beberapa minggu selepas seorang wanita yang sebelum ini menjadi ibu paling muda di Britain mengumumkan dia hamil kali kedua, lebih 10 tahun selepas melahirkan anak pertamanya.

Tressa yang kini berusia 23 tahun kekal menjadi ibu termuda di Britain sehingga 2014 apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tiga bulan melahirkan kandungannya.

Menurut rekod, bapa paling muda di Britain ialah Sean Stewart dari Bedford yang menjadi ayah ketika berusia 12 tahun pada 1998.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: