"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima mayat dipercayai mangsa kultus agama ditemukan

Reuters
DETEKTIF membawa beg mayat di lokasi disyaki menjadi lokasi pengebumian mangsa kultus agama. FOTO Reuters
DETEKTIF membawa beg mayat di lokasi disyaki menjadi lokasi pengebumian mangsa kultus agama. FOTO Reuters
Nairobi: Sekurang-kurangnya lima mayat ditemukan di dalam kubur yang cetek pada Khamis di sebuah tapak di Kenya yang disyaki menjadi lokasi pengebumian mangsa kultus agama, kata seorang pegawai.

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan di tapak itu yang terletak di pinggir Malindi di Kilifi County, tenggara Kenya, berhampiran lokasi ratusan anggota kultus hari kiamat ditemukan mati dua tahun lalu.

Rangka lima orang ditemukan di dalam empat kubur di tapak itu, kata Pesuruhjaya Kilifi County, Josephat Biwott kepada Reuters sambil menambah mereka menjalankan penggalian di 27 lokasi.

"Operasi ini masih berjalan," katanya.

Pada Julai, Pejabat Pengarah Pendakwaan Awam Kenya berkata, pihaknya percaya mangsa yang dikebumikan di tapak itu mungkin "dibiarkan kelaparan dan dilemaskan akibat mengamalkan serta mempromosikan ideologi agama yang melampau".

Sekurang-kurangnya 11 suspek sedang disiasat berhubung kematian itu, kata pihak pendakwa raya.

Menurut pejabat pendakwa raya, penduduk yang tinggal di sekitar tapak penggalian tidak dapat menjelaskan keberadaan beberapa kanak-kanak, sekali gus menimbulkan syak wasangka berlakunya perbuatan khianat dan mencetuskan siasatan.

Lebih 400 mayat digali keluar dari Hutan Shakahola yang berdekatan pada 2023 dalam salah satu bencana berkaitan kultus terbesar di dunia dalam sejarah moden.
-hmetro 

Tiada ulasan: