"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak puteri Norway didakwa atas empat tuduhan rogol

AFP
MARIUS Borg Hoiby. FOTO NTB / AFP / Norway OUT
MARIUS Borg Hoiby. FOTO NTB / AFP / Norway OUT
Oslo: Anak lelaki kepada puteri mahkota Norway didakwa merogol empat wanita dan beberapa tindakan keganasan.

Lelaki berusia 28 tahun itu berisiko dipenjara sehingga 10 tahun, kata seorang pendakwa raya pada Isnin.

Marius Borg Hoiby, yang dilahirkan daripada perhubungan sebelum Puteri Mahkota Mette-Marit berkahwin dengan Putera Mahkota Haakon, disiasat sejak penahanannya pada 4 Ogos tahun lalu kerana disyaki menyerang teman wanita.

Dia dituduh merogol empat wanita ketika mereka tidur. Dalam sekurang-kurangnya tiga daripada kes, dia bertemu wanita itu pada hari sama dan melakukan hubungan seks secara sukarela sebelum didakwa merogol mangsa, kata pendakwa raya Sturla Henriksbo kepada pemberita.

Hoiby juga didakwa merakam alat kelamin mangsa tanpa pengetahuan mereka.

Henriksbo berkata, penyiasat mempunyai klip video dan gambar sebagai bukti.

Empat kejadian rogol itu didakwa berlaku pada 2018, 2023 dan 2024, yang terakhir selepas siasatan polis bermula.

Tuduhan lain terhadap Hoiby termasuk penderaan rumah tangga terhadap bekas pasangan dan beberapa tuduhan keganasan, mengganggu ketenteraman, vandalisme dan pelanggaran perintah sekatan terhadap bekas rakan kongsi lain.

Satu-satunya mangsa yang dikenal pasti oleh pihak pendakwaan ialah bekas teman wanita Hoiby, Nora Haukland. Lelaki itu dituduh mendera Haukland secara fizikal dan psikologi pada 2022 dan 2023.

Pihak istana tidak mengeluarkan kenyataan selepas pengumuman itu.

Tiada ulasan: