"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lokman Adam: ‘Akmal ni ketua pemuda H2O, bukan ketua pemuda Umno’

K PRAGALATH

Pengarah komunikasi Umno merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Adam secara jelas menyatakan bahawa ketua pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tidak berfungsi sebagai ketua pemuda Umno.

Akmal sebaliknya berfungsi sebagai ketua pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishamuddin ialah bekas naib presiden Umno dan kini Ahli Parlimen Sembrong yang telah digantung. Beliau dikatakan merupakan tokoh yang mahukan kerjasama dengan PN untuk membentuk kerajaan.

“Akmal ini saya tak anggap sebagai ketua pemuda Umno tapi ketua pemuda H2O kerana agenda dia ialah nak menjayakan agenda H2O.

“Dia nak pastikan H2O menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Apa saja usaha yang boleh pecahkan hubungan BN dan PH ini, dia akan laksanakan.

“Itu memang kerja dia tetapi kenapa DAP dan MCA masuk perangkap dia. Ini yang salah,” Lokman berkata begitu berlatang belakangkan beberapa kontroversi yang menyaksikan pertembungan Akmal dengan dua parti tersebut.

Beliau berkata demikian dalam rancangan audiosiar Nrchannel TV bertajuk Umno dalam Kerajaan Perpaduan: Cabaran, Peranan dan Halatuju.

Lokman turut menjelaskan bahawa Akmal bukanlah calon utama untuk kedudukan ketua pemuda.

Beliau turut mengakui Akmal banyak membuat kesilapan tetapi ia tidak dibangkitkan oleh DAP dan MCA.

MCA ialah komponen BN manakala DAP komponen PH dan kedua-duanya berada dalam kerajaan perpaduan.

Tiada ulasan: