Harapandaily
OLEH MOHD YUSRI IBRAHIM
Kawan-kawan minta saya ulas konflik terbaru dalam Bersatu rentetan sidang media Wan Saiful Wan Jan hari ni.
Sebenarnya jika kita connect the dots, mudah sebenarnya untuk memahami polemik tersebut.
Secara ringkas, kepimpinan tertinggi Bersatu sekarang disandang oleh watak-watak politik yang bijak mengintai, mencatur dan mengambil peluang.
Sesetengah orang guna istilah oportunis, tapi saya lebih selesa guna istilah bijak memanipulasi peluang, lebih berhemah.
Apa yang sedang berlaku sekarang adalah manifestasi daripada kepakaran tersebut, masing-masing sedang mencatur untuk diri dan klip masing-masing.
Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai contoh, menang parlimen Larut atas tiket BN dalam PRU14 2018.
Apabila BN kalah dan PH bentuk kerajaan dalam PRU tersebut, beliau lompat keluar Umno masuk Bersatu, bawa bersama kerusi yang dimenangi.
Naib Presiden DS Ronald Kiandee juga sama, menang kerusi Beluran PRU14 atas tiket BN, kemudiannya lompat meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu yang jadi kerajaan pada masa itu, bawa bersama kerusi yang dimenangi.
Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin, asalnya terbuang (dipecat) daripada Umno.
Kemudiannya parti kecil beliau diterima menyertai PH dan menang PRU14 bertanding atas tiket PH beliau sendiri menang di Pagoh guna logo PKR.
Selepas 22 bulan membentuk kerajaan, beliau membawa Bersatu keluar PH untuk membentuk kerajaan baru dalam Langkah Sheraton.
Meninggalkan pengundi PH terpinga-pinga.
Langkah tersebut turut disertai DS Azmin Ali Setiausaha Agung Bersatu sekarang, yang pada waktu itu Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak.
Beliau keluar PKR untuk menubuhkan kerajaan bersama TS Mahiaddin dalam Langkah Sheraton tersebut.
Seorang lagi Naib Presiden Bersatu sekarang DS Ahmad Faiza Azumul adalah MB kerajaan PH Perak selepas PRU14, pada waktu itu beliau Timbalan Presiden Bersatu.
Pasca Langkah Sheraton itu kerajaan PH Perak jatuh, beliau tubuhkan kerajaan baru dan kekal sebagai MB.
Kemudiannya beliau turut dijatuhkan dalam undi percaya di DUN, tapi kemudiannya dilantik sebagai penasihat PM bertaraf menteri dalam kerajaan persekutuan, kemudiannya dilantik pula sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Ini baru beberapa contoh, belum lagi Ketua Srikandi, kepimpinan dan ahli-ahli parlimen lain, yang sebahagiannya lompat keluar Umno menyertai Bersatu membawa kerusi yang dimenangi atas undi BN PRU14 tersebut.
Boleh bayangkan, inilah figura-figura besar yang berada dalam kepimpinan tertinggi Bersatu sekarang, yang mempunyai rekod cemerlang dan bijak mengintai, mencatur dan mengambil peluang politik.
Inilah yang menjelaskan apa yang sedang berlaku dalam Bersatu sekarang, semuanya tentang perebutan untuk mendaki hieraki, semuanya tentang memastikan survival masing-masing.
Ada yang mengaitkan apa yang berlaku dalam Bersatu sekaligus terheret kepada PN sekarang adalah akibat qunut nazilah.
Saya bukan pakar teologi, saya tiada kepakaran untuk bahaskan mauduk itu.
Tapi seingat saya Dr Rozaimi Ramli pernah connecting the dots isu ini, beliau bawakan satu hadis yang bermaksud sekiranya kita melaknat seseorang dan laknat itu tidak layak untuk orang yang dilaknat itu, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat tersebut.
Tapi sekali lagi, itu di bawah disiplin teologi, saya tiada kepakaran.
Connecting the dots saya hanyalah dalam ruang sosial fizik (adik metafizik), observasi terhadap realiti, logik dan rasional-rasional yang boleh diukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan