"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu terus berantakan, Wan Saiful dianggap beri peluru kepada pihak lawan

Harapandaily

Bersatu dilihat terus berantakan susulan pendedahan ‘panas’ Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa siasatan forensik terhadap video tular membabitkan Datuk Seri Azmin Ali pada 2019 sebagai tulen.

Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang menggesa keanggotaan Wan Saiful dalam parti blok Perikatan Nasional (PN) itu dipecat kerana mengeluarkan kenyataan biadab yang memberi peluru kepada pihak lawan untuk menyerang Bersatu.

“Sebagai wakil rakyat, beliau seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat, membawa hujah berasaskan fakta dan penyelesaian, bukannya mengulang retorik murahan demi kepentingan peribadi.

“Rakyat melihat beliau lebih sibuk mencetuskan sensasi daripada menawarkan sebarang cadangan bernas. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia merugikan parti dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam, Wan Saiful dalam sidang medianya mendakwa siasatan forensik terhadap video intim sejenis membabitkan Azmin di Sandakan, Sabah itu sebagai tulen.

Kata Wan Saiful, maklumat yang diterimanya itu membuatkan dirinya menjauhi Azmin dan menyebabkan hubungan beliau bersama Setiausaha Agung Bersatu itu dingin.

Tiada ulasan: