"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid Ibrahim akan sertai PAS?

FMT Reporters

PETALING JAYA: PAS mengumumkan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, akan menyertainya, menurut laporan.

Beliau antara 14 nama yang disebut pada ceramah menjelang PRN Negeri Sembilan, di Seremban, malam tadi, yang dihadiri Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, lapor Malaysia Gazette.

Zaid pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu (2004-2008), dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mac-September 2008) semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi ahli Umno, PKR dan DAP, serta mengasaskan Parti Kesejahteraan Insan Tanah.

Turut dilapor akan menyertai PAS adalah Hamidah Othman iaitu bekas exco Perak dan bekas naib presiden Bersatu, serta bekas exco Negeri Sembilan, Rafie Abdul Malek.

Turut dinamakan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan beberapa individu termasuk bekas menteri, bekas exco dan ahli politik akan menyertai partinya, pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan.

Faiz Fadzil: Tak pernah dalam sejarah ketua pembangkang cuma bertahan 28 hari sahaja

SITI NUR ZAWANI

Pengumuman Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sepertinya ‘memecat’ Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dari jawatan Ketua Pembangkang, menimbulkan persoalan besar tentang siapa sebenarnya Pengerusi Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, tidak pernah dalam sejarah Malaysia Ketua Pembangkang hanya bertahan selama 28 hari sahaja, malah kredibiliti Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang tidak pernah teruji pun di dalam Parlimen. 

Menurut beliau, tilikan Syahir Sulaiman bahawa Ahmad Samsuri akan menjadi Ketua Pembangkang sekejap sahaja memang tepat.

Tetapi bezanya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Perdana Menteri di saat Ahmad Samsuri hilang jawatan tersebut. 

“Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini bahawa penyelesaian hubungan Pas-Bersatu akan menjadi kayu pengukur kepada kewibawaan Pengerusi PN. 

“Namun, dengan pengumuman tersebut, jelas Ahmad Samsuri gagal mengemudi PN dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Faiz menyifatkan Ahmad Samsuri hanyalah seorang “lame duck chairman” dan boneka kepada Presiden Pas, sekali gus menunjukkan PN bukan gabungan yang stabil. 

“Rakyat tidak boleh yakin kepada PN untuk memerintah negara kerana ketidakstabilan yang wujud, dan episod hitam ketika PN memerintah negara dahulu susulan Langkah Sheraton akan berulang kerana kerapuhan koalisi ini. 

“Lebih parah lagi, situasi ini sangat bahaya kepada negara jika PN memerintah negara kerana setiap keputusan kerajaan boleh ditentukan dan boleh diubah oleh Presiden Pas,” tambahnya.